August 6, 2010

Chocolate BefdAy

24pcs Softbox sebagai Befday gift from K.Diana to her Son....

24pcs Softbox sebagai Befday gift from K.Diana to her niece...
24pcs Softbox sebagai Befday gift from K.Diana to her frenz....


TQ all for the order....

July 23, 2010

Tempahan Hari Raya

Salam Sejahtera....

Tempahan Raya Kini Dibuka....
Bagi yang ingin menempah boleh hubungi saya di nombor 019-2461862...

Terima kasih.

June 28, 2010

Chocolate ~ 30pcs order By My Cousin

Order by kak dhiana untuk dibawa ke Maktab...Selamat menjamu kawan2...hehehe..jum see pic


June 26, 2010

Chocolate ~ 1pc order By Kyna (30pcs)

Order by Kyna for her befday 28-Jun-2010. Untuk diberi kpd kawan2 kat ofis...





P/s: kata kyna, (klu xbg kat kwn2 boleh x, geram tgk comelll sgt)..Hihihi

Chocolate ~ 24pcs order By CT Zubaidah

Ni order by CT for her beloved fiancee untuk ucapan terima kasih byk (thanks so much dear)...Ct mahukan tema pink, so sweet choco mengikut temanya...jum cuci mata...




P/s: sesiapa yang nak order boleh direct call me at 019-2461862. thankss

June 25, 2010

Chocolate ~ 50pcs order By Kak Kiah (Officemate)

Order dari Officemate untuk jamuan makan family...50pcs loose pack.





Selamat Menjamu Selera....:-)

June 24, 2010

Chocolate ~ 24pcs order By Kyna (Bg Pihak Her Sis)

Coklat order by Kakak Kyna for someone special sempena his befday....Heppy Besday ye...jum tgk pic..Tema yang diminta Pink Biru...







P/s: Lain kali order lg ye..hehehe....thanks..:-)

Order From my Neighbour....

Ni order yg diminta, nak on e spot..but lepas discuss setuju nak amik keesokkan malam...just nak buat makan2 je...de jga la snap gamba untuk dipertonton kan...just put in tupperware coz utk makan2 family...





Kata mama dia: 
Halimah Awang Hamat
wahhhhh.....blk umah kejap je coklat habis...licinnnnn....

June 14, 2010

Chocolate ~ 12 pcs Order by Junainah

Ini order by june teman dari UTM juga..Last minute order. nasib baik ada barang. Untuk org istimewa sempena besday nye... Jum tgk pic...hehe




Thanks june...2 Box...9pcs jd 12pcs...dek kerana xde box 9pcs...

June 13, 2010

Chocolate with Wording 'Hepi Besday 2 U Dear'

Chocolate ni di tempah oleh seorang kawan dari UTM untuk temannya sempena besday...Maybe untuk teman istimewa...hehehe....Jum kita tgk gamba yg sempat sy snap....




Thanks Zubaidah..Nanti order lg...hehehe

June 11, 2010

Tentang Coklat

 
 
Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.


Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."




Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.


Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.


Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.


Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.
 
 

June 9, 2010

Mencari Yang Halal adalah Fardhu

Keratan akhbar Kosmo : coklat enak import didakwa ada lemak babi

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

June 7, 2010

Sample Special Box

Sample Box



Special Box With Flowers & Reben

Special Box With Flowers

6pcs

Special Box ~ 6pcs

Sample Pack ~ 6pcs

4pcs


Special Box ~ 4pcs

 Sample Box ~ 4pcs


1pc @ 2pcs


Cavity Box ~ 2pcs
Cavity Box ~ 1pc

Cavity Box

Magnetic Mould

Apa tu magnetic mould dan macamana nak guna? Magnetic mould adalah sejenis mould yang terbahagi kepada dua bahagian - polycarbonate mould yang mempunyai bentuk tetapi lompong di kedua-dua permukaannya; dan sekeping stainless steel yang bertindak sebagai penutup di bahagian bawah yang mana boleh diselitkan transfer sheet. Kedua-dua bahagian ini dilekatkan mengunakan magnet.. di kedua-dua permukaannya; dan sekeping stainless steel yang bertindak sebagai penutup di bahagian bawah yang mana boleh diselitkan transfer sheet. Kedua-dua bahagian ini dilekatkan mengunakan magnet...


Bagaimana hendak mengunakkannya...klik link ni Chocolate Printing ..ada video yang mengajar bagaimana cara mengunakannya. Gambar bawah ni contoh coklat (yang berwarna-warni adalah coklat mengunakan magnetic mould dan berbagai design transfer sheet) yang dijual oleh Malaysia Coklat.

 

June 6, 2010

Welcome Note




SWEET HOME CHOCO menawarkan coklat halus dari gabungan GELAP pahit-manis, susu coklat WHITE MILK & susu.

Aneka Coklat dari campuran berkualiti tinggi & coklat murni yang diimport.

Aneka Coklat 'Yang d'buat dari bahan terbaik yang menawarkan pelbagai jenis bentuk...

Semua isi Kacang-kacangan:
Almond, kacang Mete, Hazelnut, Walnut dan Kacang tanah.
Crispy

Coklat yang dikemas dalam kotak coklat yang direka khusus yang juga mempunyai pelbagai jenis dan permintaan & direka dengan pita bagus.

Apa yang anda tunggu lagi untuk memenuhi kehendak anda.??